SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Okay kali nie entri terbaru aku ialah dalam versi bahasa malaysia. sebab kali nie aku nak mengekspresikan segala-galanya tanpa perlu membuka kamus atau google translate sebagai rujukan untuk perkataan-perkataan yang aku tak berapa sure maknanya dalam bahasa inggeris. ;) (okay sangat jujur)
firstly aku nak ucapkan selamat hari raya aidiladha kepada korang semua, my family and friends especially ! semoga korang semua memanfaatkan cuti raya nie dengan benda-benda yang berfaedah sikit kan (especially for those who are students)
tolong mak or nenek korang kat dapur ka, tolong ayah korang sembelih ayam/itik (seperti mana yang ayah aku akan buat setiap kali raya) or tolong masyarakat dekat komuniti kau melapah daging korban. besar pahalanya tuu ;) rare, aku respect kalau ada golongan remaja-remaja yang memonopoli amalan nie thooo. hehe. and korang patut sangat-sangat bersyukur kalau cuti raya haji nie korang boleh relax-relax, takda any assignments or task yang menyerabutkan kepala hotak or anything else comitment. yess, korang bole luangkan masa sepenuhnya dengan family korang. pergi bercuti pun best jugak. well, cuti seminggu kann. if only i'm you guys's shoes. or ada somebody yang senasib dengan aku ? balik ke rumah dengan segala jenis kertas2, file2, buku2 rujukan sebab naik cuti raya haji nie aku terus hadap my FINAL MID SEM. and errrr i have to study to pass those damn crazy difficult subjects. aku ada 3 paper nak kena hadap minggu depan. AND THAT ISSS *bunyi drum*
- PROGRAMMABLE LOGIC CONTROLLER (yang paling susah)
- MICROCONTROLLER (boleh tahan susah)
- PHOTOVOLTAIC PRINCIPLE (sederhana susah)
actually semua tuu takda laa ikut ranking kesusahan tuu tapi bagi aku semua mmg susah and tak boleh dipandang ringan. hmmmm
oh ya, kebetulan malam nie mama masak rendang ayam kampung untuk hidangan santapan puteri2 gila kat rumah nie untuk hari raya haji soo aku ingat nak share jugak apa yang mama letak dalam air tangan mama tuu or dalam erti kata lainnya ialah resepi, yeahhh. well, mama guna ayam kampung instead of ayam inject yg ada dekat kedai sebab of course lah ayam kampung tuu totally free. daddy yg belaa. hahaha and daddy cakap ayam kampung lebih special dari segi rasanya and its characteristic berbanding ayam inject dekat pasaraya. ayam kampung lagi special rasanya, lagi manis dagingnya walaupun isinya sikit ja berbanding ayam inject yang gemok2 dan lebih mengenyangkan. eventhough isinya agak liat. orang yang pakai braces macam aku lebih patut berhati2 bila makan ayam kampung. nasib lah besi nie tak patah. besides tulangnya keras. tak macam tulang ayam inject. well, aku ada habit kunyah tulang ayam sebenarnya. therefore, ayam kampung is the best !
okay direct to the resepi yg aku janjikan tadi :
BAHAN-BAHAN
- Ayam kampung
- Serai
- Bawang besar
- Bawang putih
- Lengkuas
- Halia
- Kerisik
- Garam secukupnya
- Serbuk jintan manis
- Serbuk jintan putih
- Daun kunyit yang dihiris
- Serbuk ketumbar
- Serbuk perasa
- Cili boh
- Serbuk kari
- Santan
CARA-CARA
1. Blend semua bahan2 no 2, 3, 4, 5 dan 6
2. Tumiskan bahan2 yang dah di blend tadi
3. Masukkan cili boh
4. Masukkan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan serbuk ketumbar
5. Masukkan serbuk kari
6. Masukkan ayam yang dah dipotong-potong (bukan ayam satu ekor tuu terus ya)
7. Masukkan santan
8. Masukkan kerisik
9. Masukkan garam, serbuk perasa dan daun kunyit.
sorry sebab tak nyatakan the actual amount kat bahan2 tuu. mama cakap just ikut kita nak hidangkan untuk berapa orang so kita bole agak2 sendiri berapa amount yang kita nak letak tuuuu. heee~
![]() |
yeahh. my nenek still gleeful lagi :) and ramai cakap that i totally look like her. i guess this is my face look alike when be a grandma pulak soon. |
Comments
Post a Comment